Skip to main content

SURAT TERBUKA KEPADA KETUA POLIS NEGARA PERDANA MENTERI MALAYSIA MENTERI DALAM NEGERI SUHAKAM DLL


SURAT TERBUKA KEPADA
  KETUA POLIS NEGARA
PERDANA MENTERI MALAYSIA
MENTERI DALAM NEGERI
SUHAKAM DLL


                 Assalamualaikum dan salam sejahtera


                                Aku seorang PELARIAN...........

  Aku mulakan dengan menyebut nama Allah,Tuhan Maha Pemurah

lagi Amat Penyayang.................AIR MATA AKU BERGENANG KETIKA 

MENAIP SEPATAH DEMI SEPATAH SURAT INI ....................

  Jam menunjukkan 2 pagi ,bertarikh 29 JULAI 2018 Masehi.Syukur

aku masih bernafas sedangkan 4 rakan seuniversiti di luar negara

pada masa dahulu sedang melepak dalam alam barzakh.


  Pada tahun 2003 ,segalanya bermula.Repot palsu oleh seorang wanita

keturunan Jawa memberi kemenangan di Mahkamah Syariah Melaka.

Kemudian pada tahun 2012 ,semakin tragik.Repot polis palsu yang dibuat seorang

wanita bernama Huzaina telah menyebabkan aku diheret ke Mahkamah di atas

kesalahan yang aku tak lakukan.

        Perancangan jahat beberapa orang guru dengan kerja sama pegawai PPD TAMPIN

dan anggota PDRM ,aku yang miskin dan hodoh dibuli dan diperkotak-katikkan

oleh manusia yang rakus,zalim dan jahat.Mereka ingat mereka boleh kalahkan Tuhan

yang mempunyai KUNFAYAKUN.

  Berbekalkan sedikit wang ,aku menjelajah puluhan pejabat peguam di

Melaka,N.Sembilan,Selangor,Johor dan Kuala Lumpur.Membaca ratusan buku

dan pelbagai jenis bahan bacaan di perpustakaan dan internet.Terima kasih

kepada ratusan peguam pelbagai bangsa yang aku temui.

  “Kamu takkan menang melawan mereka.Mereka ramai”,itulah jawapan

jujur seorang peguam terkenal,Karpal Singh di pejabatnya,Jalan Pudu.Peguam

yang jujur dan ikhlas dari kaca matanya.

  Surat-surat kepada PPD ,jabatan Pelajaran dan Kementerian dibuang

tong sampah.Bergelar insan biasa

bukan ternama dan bukan jutawan amat menyeksakan.Itulah nasibku.

  Aku stress melampau dan pingsan di JPJ dan terpaksa dirawat di

hospital.Isteri dan anak-anak menangis melihat tubuhku yang semakin kering.


  Teringat kisah seorang lelaki kulit hitam yang dipukul dan diganyang oleh

dua anggota kulit berwarna putih.Hakim mahkamah memutuskan dua anggota

polis tidak bersalah dan berlakulah huru-hara di New York dan mahkamah

bersidang semula lantaran rusuhan dan demontrasi berterusan .Akhirnya

hakim memutuskan keputusan sebaliknya dan dikhabarkan hakim terdahulu

dibuang kerja atau dipindahkan kerna membuat keputusan salah.Amerika kini bukan

seperti zaman koboi.Hitam atau Putih,semua SAMA.Hak dan undang-undang

menjamin semua warganegara.

  Setelah masa yang panjang,aku ‘dipaksa’ menarik puluhan repot polis

yang sebabkan mataku merembes sepanjang masa kerna hasratku mendapatkan

keadilan terpaksa dilupakan.Amat kasihan anakku terpaksa cuti ‘terpaksa’

lantaran kes mahkamah ayahnya.Demi masa depan anakku,aku mengalah.

Janji Pegawai PPD membuat kenduri besar-besaran mengorbankan 7 ekor

lembu jika aku menarik repot hanya tinggal janji...............Semoga Tuhan

campakkan pegawai tersebut ke NERAKA JAHANNAM kerna mungkir janji.

  Kini ,pada tahun 2017 episod sama berulang.Bermula lima orang samseng

yang diketuai seorang anggota PDRM bernama Hamizan dan pegawai JPJ bernama

Rodzi mengaibkan aku dan isteriku.

  Puluhan surat dihantar kepada Bukit Aman ,Jabatan Integriti Penguatkuasaan

dan Suhakam seakan sepi.Telefon bimbit kadangkala tiada liputan dan terpaksa

mengumpul duit syiling menghubungi pejabat peguam menggunakan telefon awam .

 Aku masih bersabar menunggu siasatan mereka .

  Bergelar pelarian amat menyiksakan.Sedar dengan diri seorang pelarian

menumpang negara orang ,aku cuba lakukan terbaik demi bangsa,agama dan negara.

Tidak pernah lakukan jenayah dan ikhlas menghantar bantuan ke sekolah dan rumah

anak yatim ,demi membantu mereka yang memerlukan.Sejak tahun 90an aku

membayar zakat perniagaan dan menghantar sumbangan buku ke perpustakaan

sekolah ,kolej dan Universiti dan kadangkala aku menulis alamat pengirim

bernama Haram bin Jadah, Batu Nisan nombor 99 ,Antartika sebab aku tidak

mahu dikenali .

  Aku bukanlah kaya raya namun aku diajar agar rajin bersedekah walaupun

satu sen .Buat apa yang termampu.Itulah yang diajar pensyarah ketika di Madinah.

Doaku di Multazam Kaabah “Wahai Tuhan,jadikan daku miskin di mata manusia

namun kaya di mata-Mu.”


  Teringat tahun 2012 ,menjelajah satu syarikat akhbar ke akhbar namun tiada

seorang pun wartawan sudi mendengar cerita.Akhirnya kisahku disiarkan Harakah .

Syukur kepada Tuhan,ada juga akhbar yang sudi menyiarkan kisahku.Buat

semua wartawan akhbar terkemuka yang memandang aku sepert anjing kurap,pasti

kalian mendapat karma,tidak di dunia,pasti di akhirat .



  Sikap kaki tangan kerajaan pada zaman internet ini amat berbeza pada awal

80 an .Guru pada satu masa dahulu menganggap ayah pelajar sebagai rakan dan

sahabat.Namun segelintir guru masa kini bersubahat dengan anggota polis

untuk menzalimi dan membuli aku.Mereka sedar ,aku hanyalah pelarian dan

bukan anak menteri ,bukan pula jutawan dan hartawan.Justeru mereka membuli

dan memperkotak-katikkan aku sepuasnya.

  Cikgu Hairi,Cikgu Jaafar dan Cikgu Rahmah.Apa yang kalian lakukan pasti

ada karma di akhirat nanti.Raqib dan Atid akan bentangkan di depan Tuhan Maha

Adil di akhirat.Dunia kalian boleh menipu,bukan akhirat.Jika kalian masuk

Neraka Jahannam,kirim salam kepada Firaun dan Qarun,Abu Lahab dan Abu Jahal.

  Sindiran seorang anggota PDRM amat menyebakkan.Aku dianggap bodoh kerna

membuat pelbagai repot polis dan tauliah mengajar agama dipertikaikan.Katalah

apa sahaja,aku berpegang dengan hadis SAW “Berkatalah benar,walau pahit sekalipun”.

Aku ucapkan TERIMA KASIH kepada lelaki bergelar kaki tangan kerajaan yang

menghina laporan polis yang aku buat.

  Ugutan dan ancaman di mana termaktub dalam Seksyen 506 Kanun Keseksaan

tidak diambil kira pegawai penyiasat.Aku sedar,aku pelarian yang membuat repot polis.

Andainya ayahku Menteri Dalam Negeri,sudah pasti tiada kisah buli berlaku dalam

hidupku.Aku takkan diperkotak-katikkan oleh kaki tangan kerajaan.  

  
  Apabila surat dihantar kepada Ketua Balai Polis,anggota itu terus bercuti

‘kecemasan’.Apabila menghantar emel kepada pelbagai pihak,emel ditendang

seakan emel berhantu dan sesat jalan.


  
  “Encik,FB dan emel itu Amerika punya.

Pergilah tanya dan buat aduan kepada pemiliknya’,jawapan dari seorang kaki

tangan kerajaan yang penuh lawak dan sindiran.Aku kelu mendengar jawapannya.

  Ketika aku kanak-kanak,basikalku dicuri dan ayah membawa aku ke balai

polis membuat repot atas namanya sebab aku masih kanak-kanak.Aku menangis

dan menangis di balai polis Masjid Tanah kerna sedih kehilangan basikal.Seorang

anggota polis wanita memujukku dan mententeramkanku serta memelukku dengan

penuh kasih sayang .Dari kejadian itu,aku amat sayangkan anggota polis .Kejadian

tersebut memberikan ilham menulis sebuah buku bertajuk JASA PDRM KEPADA

NEGARA yang baru siap 200 muka surat dan jangkaan siap pada Disember 2018

nanti dengan izin Tuhan.Buku ini sebagai terima kasih kepada anggota PDRM

yang melayan aku dengan baik sejak aku kanak-kanak hinggalah aku bergelar

pelarian di Amerika.Aku berdoa ianya dicetak 100 juta naskhah dan tersebar

pelusuk dunia dalam pelbagai bahasa.Semoga royaltinya cukup memberi makan

minum anak-anak kandungku.

  Namun kejadian tahun 2003,2012 dan 2017 menjadikan aku stress dan syaitan

menghasut agar bunuh diri.Namun iman menjadi pegangan .Aku terus bernafas hingga

kini berbekalkan iman dan taqwa. 
  

  Kehadiran empat anggota PDRM dengan berpakaian preman dan seakan

memihak saspek menyebabkan aku memandang rendah PDRM.Anggota PDRM

dengan sengaja membiarkan saspek terusan memaki dan memalukan aku dan

isteri .Hanya kerna aku pelarian .Kerna namaku Saat.Mungkin juga sebab wang dalam

akaun bank aku RM1.99.

  Slogan Cepat dan Betul menjadi persoalan dalam benakku.Mnegapa ada

segelintir anggota PDRM yang tidak pernah berasa malu perkataan Allah dan

Mohammad di atas kepala.Mengapa mereka yang berstatus agama Islam

tidak memahami apa itu ajaran Islam .

  Kunjungan dua buah kereta peronda PDRM ke rumah saspek tidak pernah

aku pertikaikan.Itu hak mereka.Siapalah aku,hanya pelarian yang kais pagi makan

pagi,tiada didahulukan pangkal Datok atau Tan Sri.

  14 tahun aku berendam air mata ,lantaran kejahatan dan kezaliman

beberapa kaki tangan kerajaan yang bebas melakukan apa sahaja.Melakukan

kesalahan menyalahi undang-undang dan masih bebas,serta boleh menunjukkan

wajah gembira dan menjelirkan lidah kepadaku dan anak-anak.

  Aku sedar ,bergelar pelarian akan terusan dibuli.Lihat sahaja Rohingya

yang menumpang tanah Burma,akhirnya dihalau kejam tanpa peri kemanusiaan.

Itulah nasib mana-mana pelarian di muka bumi ini .

  Namun aku kagum dengan Amerika.Sebuah negara maju dan moden,tiada

berpaksikan rasis.Si kulit hitam berjaya menduduki kerusi Presiden selama dua

penggal.Penghantar akhbar ketika remaja ,kini meraih bayaran USD40 juta


berlakon satu filem.Peluang diberikan kepada semua ,tanpa mengira warna kulit dan

agama.Itulah Amerika.

  Pada tahun 2020,tahun Wawasan yang diilhamkan YABhg Tun Dr Mahathir ,

aku dan keluarga bercadang berhijrah ke bumi Amerika.Sudah puas rasanya

menumpang tanah bernama Malaysia.Benarlah kata anggota PDRM bernama

Hamizan,aku dan isteri hanyalah pendatang dan menumpang ,namun dia lupa,

keturunannya berasal dari tanah Indonesia.nenek moyangnya dari tanah seberang.

Aku pun hairan,kenapa ada manusia sebodoh itu ?


  Bacalah Wikipedia,manusia asal bumi Malaysia ialah ORANG ASLI .

Namun ramai yang dilahirkan di sini gah mendakwa mereka bukan pendatang.

Sedangkan hakikat dan fakta,mereka adalah pelarian dan pendatang seperti aku

juga .Cuma masanya berbeza.Semoga satu hari nanti orang asli bergelar PM negara

bernama Malaysia.Itulah doaku.

  Sejak puluhan repot polis dibuat sejak tahun 2003,ratusan kereta bercermin gelap

dan mewah mengekoriku.Seakan aku penjenayah dan jin.Namun aku tak pernah

hiraukan dan sering berdoa dan membaca ayat-ayat Tuhan di benakku.

  Sebagai seorang ayah,aku amat menyayangi anak kandungku.Pada ulang tahun

ke 14 anak bernama Nur As Shafiah,aku menghantar hadiah novel dan wang RM10

melalui pos laju namun sedihnya bungkusan pos laju dipulangkan kembali,seakan

anakku sudah pindah sekolah atau sudah meninggal dunia.

Mata ini berkaca dan aku pasrah dan redha dengan apa yang berlaku .

  Aku suka membaca sejarah bumi Amerika.Abraham Lincoln anak kepada

petani yang miskin akhirnya berjaya menjadi peguam.Berjalan kaki sejauh 7

kilometer membaca buku di rumah kawannya sejak kanak-kanak bukanlah

keperitan.Kalah dan kalah ,akhirnya berjaya menduduki kerusi Presiden.

Menghapuskan perhambaan bangsa kulit hitam adalah sumbangan paling besar

dalam sejarah Amerika,namun akhirnya mati dibunuh lantaran Si Algojo

yang tamakkan kuasa dan pengaruh.

  Lihatlah negarawan dan Bapa Pemodenan ,berjasa memajukan negara selama

22 tahun ,akhirnya dicaci dan dimaki setiap hari oleh akhbar dan TV.Seorang

negarawan dan Bapa Pemodenan dilayan sedemikian rupa,apa lagi aku yang hanya

bergelar PELARIAN .

  Teringat mantan Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Rahim Tamby Chik yang

rajin menyumbangkan pakaian dan duit raya buat anak miskin ,rajin melawat

rakyat tanpa mengira musim,namun hanya sedikit politikus hari ini mencontohinya.

Wajah mereka hanya muncul bila PRU dicanang.Rumah dan solok disinggah,

akhirnya lenyap setelah menang dan sibuk mencari harta dan pangkat.

  Tahun 1992 ,membawa salinan surat berjaya ke universiti luar negara

dan memijak pejabat Jabatan Agama memohon surat sokongan,anggota yang

berkopiah membuang salinan surat aku dan membentakku agar pergi ke

negeri lain.Dengan linangan air mata,aku menaiki bas ke Kelantan dan surat

sokongan dikeluarkan tanpa bertanya aku lahir di mana dan bangsa apa.

  Aku tak pernah lupakan jasa Allahyarham Tun Hussien Onn,yang membawa

keluarga kami ke Malaysia akibat peperangan negara tumpangan.Bermula

menjadi rakyat Champa yang merdeka,kemudian lari bergelar Pelarian di

Kemboja,kemudian Malaysia dan merancang ke Amerika.Hidupku

bergelar PELARIAN berterusan.Itulah destinasiku.

  Setiap kali berkunjung ke Masjid Negara bersolat jemaah,aku singgah

Makam Pahlawan.Membaca Al-Fatihah dan berdoa agar pemimpin-pemimpin

berjasa dirahmati Tuhan dunia dan akhirat.

  Guru dan polis adalah profesion amat mulia,namun kesilapan dan kesalahan

akan dicampakkan ke Neraka Jahannam ,bertemu Firaun dan Qarun,si Kaya dan

Penguasa yang angkuh dan haram jadah ketika hayatnya.Kasihan........

  Bersabarlah ....tenanglah ...Kebenaran pasti akan muncul.Jika kalah di dunia,

akhirat pasti ada kemenangannya.Namun menunggu akhirat entah berapa ribu tahun ,

aku berdoa agar semua yang terpalit membuli dan memperkotak-katikkan aku,

mendapat balasan sewajarnya mengikut lunas undang-undang ciptaan manusia.

  Berbekalkan blog dan Youtube,aku mencurahkan perasaan dan menyanyi

bersama anak kesayangan.Mungkin satu hari nanti,ianya akan meletup di pasaran.

Jika bukan di Malaysia,mungkin Amerika.

  Melihat tarikh 2020 yang masih jauh,aku menangis dan berdoa.Solat tahajjud,

hajat dan taubat.Berdoa menitiskan air mata agar Tuhan memakbulkan impian aku

dan keluarga pijak ke negara Uncle Sam yang amat aku kagumi sejak kanak-kanak lagi.

  Aku mahu bergelar penyapu sampah siang hari dan penulis skrip iklan dan filem

pada malam hari di Amerika,lebih bahagia dan tenang berbanding dibiarkan diri

dibuli dan diperkotak-katikkan oleh si Rakus dan si Kitol moden di sebuah negara

yang gah mendakwa tidak rasis .

  Selepas serangan 11 September,jumlah rakyat Amerika memeluk Islam semakin

bertambah.Propaganda membenci Islam tidak mendapat sambutan sebab rakyat

negara maju yang terkenal suka membaca,mereka tidak pernah lupa jasa dan

sumbangan intelektual dan tokoh Islam ketika era keemasan Islam.Kemajuan

dunia hari ini adalah sumbangan DUNIA ISLAM.

  Barack Obama,menjemput orang Islam ke White House berbuka puasa

pada Ramadhan ketika menjawat kerusi Presiden.Walaupun Amerika digelar

POLIS DUNIA,namun negara itulah yang melahirkan jutawan dan bilionair

yang banyak membantu rakyat negara miskin dan membangun.

  Amerika!Tunggu aku ...........................................Wahai Tuhan,jadikan

aku WARGANEGARA AMERIKA!



  ~ TAMAT ~



  BIODATA PENULIS  :

  SAAT BIN SULAIMAN adalah berbangsa Cham dari kerajaan Champa.Kerajaan

Champa pernah bersahabat dengan  Kerajaan Melaka  yang HEBAT,KAYA ,MAJU 

dan pada tahun 1511 ketika Portugis

menyerang Melaka,300 kapal perang dari Champa datang membantu Melaka.Ini 

disebutkan dalam sebuah buku sejarah yang ditulis sejarawan PORTUGIS .

Mantan Ketua Menteri Melaka,YAB Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam telah

memberi nama ‘TAMAN SRI CHAMPA’ kepada perkampungan orang Cham di

Melaka namun sehingga sekarang tiada Papan Tanda nama taman dibina sebagaimana

kawasan lain di Melaka,inilah RASIS .Walaupun Cham adalah dalam suku kaum 

bangsa MELAYU

namun JPN menulis KHMER dalam sistem Mykad.Hanya PDRM yang mempunyai

status Campa dalam rekod.Terima kasih PDRM .

Sedang tekun menyiapkan tiga buah buku iaitu JASA PDRM KEPADA NEGARA,

MASJID ADALAH GEDUNG PAHALA dan NOVEL “MY NAME IS SAAT” dan

akan berhijrah ke Amerika pada tahun 2020 dengan izin Tuhan Maha Perancang.

Laman web rasmi ialah www.saatsulaiman.com  

Comments

Popular posts from this blog

BUKTI SURAT RASMI

DONE!!!!